SELAMAT DATANG PARA-PARA PEMINAT WALET

Blog ini dicipta untuk para-para peminat walet.

Rabu, 2 November 2011

MEMUNGUT HASIL

MEMUNGUT HASIL

Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat burung layang-layang bertelur diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.

Cara buang telur iaitu setelah burung layang-layang bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.

Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak burung layang-layang terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan industri ini akan terus berkembang.

MUSUH DAN PENYAKIT

MUSUH DAN PENYAKIT

Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak , biawak, burung hantu dan helang yang samada akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

PEMASANGAN SISTEM AUDIO

Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung  , membuat sarang dan  meningkatkan pengeluaran.

Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 40 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung  bersarang dalam bangunan.

Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.

PEMBINAAN RUMAH WALIT

PEMBINAAN RUMAH WALIT

Mengikut  buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung Walit Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-

Mengadakan tahap mikroklimat yang sesuai
Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
Penyediaan beluti untuk burung bersarang
Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
Pemasangan sistem audio
Notis amaran di lokasi sesuai.

Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.

Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.

Sistem paip jaringan (sprinkle)  diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas  paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.

Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.

PENGUBAHSUAIAN PREMIS PERNIGAAN DAN KEDIAMAN

PENGUBAHSUAIAN PREMIS PERNIGAAN DAN KEDIAMAN

Bermula sedekat yang lalu apabila burung walit berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai untuk perladangan walit.

Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-

Penutupan pintu dan tingkap
Pembinaan lubang pengudaraan
Penyediaan pintu masuk
Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
Memasang sistem audio
 Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan remang-remang. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari. Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.

Pemilihan Lokasi Yang Sesuai

LOKASI SESUAI

 

 

 


Kawasan tanah rendah yang ketinggiannya tidak melebihi 1,000 meter dari aras laut. Lokasi ini hendaklah berhampiran samada dengan sawah, padang rumput, hutan, pantai atau sungai.

Tiga jenis lokasi dikelaskan bagi burung walit. Lokasi pusat merupakan pusat burung walid dihabitat asalnya di kepulauan dalam lautan atau habitat barunya di pusat bandar dan pesisiran pantai.Lokasi punca makanan pula merupakan tempat tumpuan burung walit mencari makan ia itu ditanah lapang atas kawasan paya bakau dan sebagainya. Manakala lokasi laluan merupakan tempat laluan antara kedua lokasi di atas.